Sabtu, 21 Mac 2009

Taklimat & Cabutan Undi Pertandingan Dikir Syarafil'Anam

TARIKH : 21 Rabiulawal 1430H / 18hb Mac 2009.

TEMPAT : Bilik Persidangan , SMSUA , Lumapas.

ANJURAN : Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan

Diselenggarakan oleh : Sek Men Sayyidina Umar Al Khattab. Lumapas.



AGENDA

Bacaan surah Al Fatihah

Ucapan dan Taklimat Pengerusi.

Taklimat dari Pegawai JPKK

Cabutan Undian pertandingan.

Menikmati jamuan.



OBJEKTIF

Mendedahkan kepada pelajar yang berbakat dalam mempersembahkan dikir syarafil Anam.

Menyokong dan mendorong pelajar-pelajar menghayati warisan Islam melalui pertandingan secara berkumpulan.

Sebagai usaha memperkaya dan memperkukuhkan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar.

Mengeratkan interaksi dikalangan pelajar yang ikut serta dalam pertandingan dengan guru-guru pengawas.

Memberi kesedaran dan keyakinan para pelajar supaya lebih peka, komited dan menghayati konsep M.I.B.


SYARAT PERYERTAAN

Terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Lelaki

Perempuan.

Dibenarkan menyertai kedua-dua kategori.

Tujuh peserta sepasukan termasuk solo .



FORMAT PERTANDINGAN PERINGKAT SARINGAN

Masa : Tidak melebihi 8 minit.

Peringkat saringan: Dibenarkan memilih mana-mana lagu dikir yang disenaraikan.

Pakaian : Seragam sekolah.

Lagu Dikir:

KHAIRUMAN.

BISYAHRIN.

AL-HAM.

BADAT.



SUDUT PENGHAKIMAN

Fasahah / lancar - 40% markah.

Suara / lagu - 40% markah.

Tertib / Teknik - 20% markah.

JUMLAH - 100 Markah


* Keputusan hakim adalah muktamad.



PERINGATAN!

· Persembahan yang melebihi dua minit akan dipotong dua markah.

· Jika terdapat persamaan markah, markah tertinggi dari bahagian fasahah akan diambil kemudian diikuti dengan suara, lagu dan teknik.


Tarikh pertandingan pada :

Hari Khamis.

23hb April 2009.

Jam : 8:00 pagi.

Peserta lelaki akan bertanding disurau sekolah.

Peserta perempuan akan bertanding didewan serbaguna.



ATURCARA PERINGKAT SARINGAN

7:30 pagi : Mendaftar pasukan dan bergambar.

8:00 pagi : Taklimat pihak penganjur.

Pertandingan dimulakan.

Jamuan.

Pengumuan keputusan dan undian Peringkat Akhir.



PERINGKAT AKHIR

Pasukan yang layak masuk peringkat akhir:

3 pasukan lelaki.

3 pasukan perempuan.

Tuan rumah adalah secara automatik masuk keperingkat akhir ( lelaki & perempuan)



HAL-HAL LAIN

Kenderaan - adalah urusan sekolah masing-masing jika memerlukan hendaklah memohon terus ke Jabatan Ko-Kurikulum sebulan sebelum pertandingan.

Jamuan - adalah disediakan oleh JPKK.

Lantikan Jemaah Hakim - adalah disediakan oleh JPKK.

Jika ada masalah berbangkit ( selain penghakiman ), maka akan dirujuk kepada Pengerusi/Timbalan sebagai kata pemutus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan